Merancang Perkahwinan ‘Last Minute'



Membuat perancangan yang bijak haruslah dilakukan dengan teliti agar setiap apa yang dirancang menjadi kenyataan dan tidak kelam kabut. Tapi perlu diingat, persiapan atau apa sahaja yang dilakukan hendaklah mengikut bajet dan kemampuan masing-masing.

Bak kata pepatah, “ukur baju di badan sendiri’. Di bawah disediakan beberapa tip perkahwinan 'last minute' yang perlu difikirkan oleh bakal mempelai:-

1. Perkara paling utama ialah mengisi borang perkahwinan dan beberapa dokumen yang diperlukan untuk berkahwin. 'Last minute' macamanapun, perkara ini harus   diutamakan.

2. Jangan lupa cari wali dan saksi untuk urusan nikah.

3. Tentang busana, beli baju yang tersedia mempunyai manik-manik mewah yang hadir di setiap sudut. Harga adalah lebih kurang RM150-250 sepasang.

4. Buat sendiri gubahan hantaran dan jika ada bakul-bakul lama semasa bertunang dulu, ubahsuai untuk lebih jimat.

5. Tidak perlu terlalu banyak gubahan hantaran. Jika ingin mengurangkan kos dulang, letak barang dalam satu gubahan.

6. Jangan terlalu memikirkan pelamin yang gah dan indah di hari majlis resepsi anda. Majlis resepsi boleh diadakan bila-bila masa apabila anda cukup wang.

7. Jika ada saudara mara atau rakan terdekat yang biasa memasak untuk majlis kecil-kecil, apa kata minta bantuan mereka.Mungkin sedikit sebanyak dapat kurangkan kos.


Kredit : http://www.pesonapengantin.my/persediaan-kahwin/merancang-perkahwinan-last-minute