5 SOALAN POPULAR TOK IMAM KEPADA PENGANTIN LELAKI DI KEDAH



SOALAN POPULAR TOK IMAM KEPADA PENGANTIN LELAKI DI KEDAH






Tidak dinafikan majlis akad nikah adalah satu upacara yang menggerunkan kepada pengantin lelaki. Acara tersebut biasanya akan ditontoni oleh keluarga, tetamu dan rakan-rakan. Perasaan gemuruh pasti ada dan mungkin menyebabkan pengantin tidak tenteram dan gelisah.
Persediaan yang rapi dan sentiasa bersedia bila berhadapan dengan jurunikah atau tok imam adalah sangat penting agar tidak ada perkara yang memalukan dilakukan sewaktu upacara bersejarah tersebut. Bakal ibu dan bapa mertua mungkin akan menilai diri kita sebenar bila kita berada dalam situasi genting tersebut.
Oleh itu, kami kumpulkan 5 soalan paling popular yang sering ditanya oleh jurunikah atau tok imam sejak akhir-akhir ini.


1. Mengucap 2 Kalimah Syahadah

Dalam keadaan yang gemuruh kadang-kala kita tidak menyangka yang kita terbaca doa makan ketika jurunikah meminta kita mengucap 2 kalimah syahadah. Pastikan anda baca dalam hati terlebih dahulu dan kemudian lafazkan kalimah suci ini di hadapan jurunikah.  

2. Baca Al-Fatihah

Mudah sahaja kan? Sebagai seorang muslim kita wajib tahu dan hafal surah al-Fatihah. Kalau tak hafal, hentikan niat anda untuk berbini. 
Ingat, yang penting anda harus bertenang. Sekiranya anda disuakan dengan microphone, jangan panik. Anggap sahaja konsert anda dah nak bermula.

3. Beristighfar

“Astaghfirullah hal Azim” adalah memohon keampunan dan keredhaan Allah. Istighfar juga baik untuk menenteramkan jiwa dan menenangkan diri.

4. Rukun Nikah

Pastikan anda sebut kelima-limanya di dalam susunan yang betul supaya ianya lebih sempurna. 

  1. Pengantin Lelaki
  2. Pengantin Perempuan
  3. Wali
  4. 2 orang saksi
  5. Akad (Ijab & Qabul)


5. Rukun Islam

  1. Mengucapkan dua kalimah syahadah
  2. Mendirikan solat 5 waktu
  3. Berpuasa di bulan Ramadhan
  4. Menunaikan zakat
  5. Menunaikan haji bagi yang mampu


6. Rukun Iman

  1. Beriman kepada Allah S.W.T
  2. Beriman kepada Malaikat
  3. Beriman kepada kitab-kitab suci
  4. Beriman kepada para Rasul
  5. Beriman kepada hari akhirat
  6. Beriman kepada Qada' dan Qadar